PENGECUALIAN DUTI SETEM RUMAH PERTAMA

Pengecualian Duti Setem Untuk Rumah Pertama Bawah RM500,000 Kini Dilanjutkan.

Bagi menggalakkan pemilikan rumah dalam kalangan rakyat negara, selari dengan gagasan di bawah Belanjawan 2023 sebelum ini kerajaan telah bertindak melanjutkan pemberian 100% pengecualian duti setem buat rumah pertama yang berharga bawah RM500,000.

Makluman Kementerian Kewangan (MOF) ini turut memberi pengecualian duti setem 75% pada pembelian rumah pertama bernilai melebihi RM500,000 sehingga RM1 juta. Buat pengetahuan umum, aturan ini di bawah Program Pemilikan Rumah (Hope) menerusi Inisiatif Pemilikan Kediaman Malaysia (i-Milik).

Malah sebagai perincian, penawaran pengecualian duti setem ini terpakai bagi perjanjian jual-beli yang dilaksanakan dari 1 Jun 2022 sehingga 31 Disember 2023.

Tidak hanya itu, kerajaan turut bersetuju memberi pengecualian duti setem terhadap tindakan surat cara pindah milik harta tanah secara kasih sayang melibatkan ibu bapa dan anak, datuk nenek dan cucu dilaksanakan. Ia terhad kepada RM1 juta pertama nilai harta tanah.

Selebihnya tertakluk kepada kadar duti ad valorem dan diberi remisi sebanyak 50% atas duti setem yang dikenakan.

Share This Post

Related Article

en_USEnglish