PRESTASI PASARAN SAHAM MALAYSIA TANGGA KEDUA TERBURUK SERANTAU

#BHbisnes Enam bulan pertama 2023 berakhir kurang memberangsangkan, indeks FBM KLCI jatuh 11.69 mata lagi hari ini kepada 1,376.68.

KUALA LUMPUR: Pasaran saham tempatan mengakhiri separuh pertama 2023 kurang memberangsangkan dengan indeks petunjuk utama, FBM KLCI merosot hampir lapan peratus dalam tempoh enam bulan dan menjadi pasaran berprestasi buruk kedua di rantau ini selepas Thailand.

Pada jam 5 petang ini, indeks penanda aras Bursa Malaysia itu ditutup pada 1,376.68, 7.94 peratus kurang berbanding 1,495.49 mata yang dicatatkan pada hari terakhir dagangan 2022.

Share This Post

en_USEnglish