
KUALA LUMPUR: Malaysian Rating Corporation Bhd (MARC) menjangkakan terbitan bon korporat dan sukuk Malaysia bagi tahun ini akan berlegar sekitar RM90 bilion hingga RM100 bilion.
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulannya, Datuk Jamaludin Nasir, berkata agensi penarafan itu meramalkan pasaran modal bon serta sukuk akan mencabar tahun ini selepas mencapai terbitan berjumlah RM120 bilion pada tahun lalu.
“Antara cabaran ini termasuklah keadaan ekonomi dan trend global yang boleh memberi kesan ketara ke atas pasaran modal,” katanya kepada media pada majlis anugerah Lead Managers League Tables di sini hari ini. Sumber BERNAMA & HARIAN METRO.